25hb Oktober 2006..
adalah tarikh yang tak pernah aku lupakan dalam sejarah hidup ku.. kehilangan seorang adik yg baru berumur 14 tahun ketika itu betul2 menyentap perasaan ku sehingga ke hari ini.. aku masih ingat lagi pada mlm itu jam 1 pagi..bapa ku menerima panggilan dari pihak sekolah memberitahu bahawa adik ku kemalangan..malam tue juga kami bergegas ke hospital tangkak johor. pada ketika itu adik bersekolah di sek men agama di muar.kami smpi dlm kul 5 pagi mmg taksempat pn nk bersahur..cume niat jer.. sampai je kami di hospital muar kami diberitahu bahawa adik kami da dibawa ke hospital besar kat muar dan kami dikejutkan dengan berita bahawa rakan adikku sudah meninggal pd waktu kemalangan itu berlaku..kami kaget..ibu ku sudah meraung menitiskan air mata..aku cuba utk tenangkan ibu ku.. kami bergegas ke hospital muar..kami smpi subuh itu da truz ke pendaftaran..rupanya pihak doktor sedang menunggu kami utk kelulusan adik kami utk di bedah.kata doktor usus adik ku pecah dan perlu dibedah segera..Ya Tuhan..berat benar ujian Mu ini.. sejurus kemudian adik kami keluar menuju operation teater..aku lihat muka nya berdarah..kaku dan tidak bermaya..mata nya tertutup rapi..aku tak sanggup menatap nya apatah lg ibuku yg sudah lemah longlai..kami menunggu di luar dengan harapan adik ku akan selamat..sementara itu aku dan ibuku pergi menunaikan solat subuh dan aku berdoa panjang sambil menitiskan air mata.. aku tak ingat jam berapa doktor selesai bedah adikku yg pastue semuanya selamat tapi adikku masih tak sedarkan diri.. pada raya aidiladha ke-2 kami melawat adikku seperti biasa mengucapkan selamat hari raya..doctor beritahu keadaan adikku tenat sejak pg td..kami ketakutan..ibuku tak putus2 membaca yassin kepada adikku..ku lihat adik perempuan ku sudah menangis teresak2 begitu juga nenek ku da yg lain..aku..tidak..aku kena tabah..aku juga hairan kenapa air mata ku tak menitis ketika itu..ketika aku melafaskan kalimah 2 syahadah di telinga adikku..adikku telah pergi utk selama2nya.. aku kaget..terdiam..membatu..doktor menyuruh kami beredar utk mereka menolong adikku tp semua nya sudah terlambat..doktor memberitahu kami supaya bersabar dan menguruskan ape yg patut.. kini sudah setahun lebih adikku pergi..kuburnya ada di jasin melaka di kampung ibuku..ternyata Tuhan lebih sayangkan adikku dari kami.. ADIKKU..PEMERGIANMU KAMI REDHAI..SEMOGA ROHMU TENANG DISISI NYA..AMINN
p/s: tread ini ditulis pada 16 Januari 2008 (Friendster)
No comments:
Post a Comment