Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 17, 2010

18 Dec 2009 - 18 Dec 2010 ( 1 year journey)

Esok, Sabtu 18 Dec 2010 tepat satu tahun kami bersama. Terasa bagai sekejap sj masa berlalu..masih teringt2 lagi maser kami mula2 kenal...bercinta..bertunang...dan akhirnya di injabkabul kan..Dan sekarang..kami telah mempunyai seorang cahaya mata..Nur Rosyadah yg menambahkan seri dlm rumahtangga kami. Ingin ku ceritakan rentetan kisah kami berdua..

17 Nov 2007

Detik pertama kami mula bertegur sapa (sebenarnyer da kenal da time sek men dl..hehe)..Dia dengan panggilan "aDi" di Friendster telah menghantar messages berbunyi…

"Assalammualaikum, Hai apa kbr? Lama tak dgr berita? Watpe skrg nie? Hehe, dun really sure if u still remember me or not.

::aDi::"


Maser tue memang tak kenal sape yg tegur aku..da tgk da profile ngan gambar2 die tp still tak cam gak..

Lepas tue aku reply msg die..

“Waalaikumsalam.. hi baik jerk..sorila sangat sy tul2 tak ingat..mayB muka da lain kot skit mse time sek dl..leh tlg sy ingatkan balik tak hehe”

aDi wrote:

Hehe, takpe. Lagipn dah 6thn kan. Muka takla bnyk berubah. Lebih kurang je dari time sek dulu. Skrg imee watpe? Keje atau study?”

Sejak dr tue kami berchatting gne YM sbb aku masih tak kenal siapa die..Siasat punyer siasat rupenyer kawan satu sekolah menengah dl..Aku mmg kenal die time sek dl sbb die syok habis ngan BF(best friend) aku dl. Time nie aku keje kt Fakulti Ekonomi UPM dan kebetulan my hubby keje kt Hospital Serdang.

Pada satu petang tue, Yus(roommate kt rumah sewa) ajak g Hospital Serdang sbb nk tgk kwn die masuk wad kne denggi. Sampai je kami kt Hospital, kami secara kebetulan terserempak dalam lif bt kali pertama..hehe segan2 gak nk tegur sape time tue..hehe dan sejak tue la kami kerap keluar same tp masih status kawan.

Jun 2008

Tak ingat tarikh..my hubby approach aku utk jd teman rapat (bahasa skang couple) tp yg klakar dlm YM lak tue hehe..dan mase tue gak la my hubby menyatakan hasrat nyer utk melamar ku dalam mase terdekat. Tuhan je tau betapa terkejut dan gugup nyer aku time tue. Ini la kali pertama lelaki yg ku kenali yg betul2 serius dlm perhubungan. Mula2 tue cm tak cayer gak..tp mungkin jodoh kami berdua sudah smpi. Aku menyatakan hasrat ku pada kedua org tua ku.

2 Okt 2008

Pada Hari Raya Aidilfitri ke-2 keluarga pihak suami ku datang utk merisik ku. Time tue kami sekeluarga beraya di Melaka dan mengikut rancangan asal mereka ingin datang merisik ketika kami pulang ke KL. Tetapi atas desakan nenek dan saudara-mara ku, mereka menyuruh pihak keluarga suamiku datang ke Melaka utk merisik ku. Dalam keadaan kelam kabut, aku dan adik perempuan ku bergegas membuat persiapan. Mereka tiba di Kampung agak lewat petang dan berakhir dalam jam 8 mlm. Setelah habis berbincang, suami ku bgtau yg kiter dah bertunang walaupun kami tak merancang utk bertunang pun. Tapi atas perbincangan org tua, mereka ingin kami di risik dan tunang sekali gus, dan kami di ikat selama 1 tahun sebelum di ijabkabul kan.

18 Dec 2009

Tarikh ini lah kami selamat di ijabkabulkan di masjid Al-Hidayah. Segala yg kami impikan menjadi kenyataan. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti biasa dan majlis kami hanya 1 shj disebabkan kami tinggal berdekatan. Boleh di katakan majlis kami sgt simple da memadai yg mana perlu shj.

Jan 2010

Pagi tue aku mula rase loya2. Bt pregnancy test sendiri tp mcm tak confirm. Minggu depan nyer aku dan suamiku ke klinik utk dapatkan kepastian. Alhamdulillah aku telah disahkan mengandung. Suamiku adalah org yg paling gembira menerima berita nie.

5 Sept 2010

Aku selamat melahirkan seorg bayi perempuan yg sgt comey..Nur Rosyadah. Aku merindui masa2 aku mengandungkan Rosyadah dari bulan 1 sampai dia dilahirkan. Semuanya indah dan tak dapat di ungkap dengan kata2.

18 Dec 2010

Genap setahun kami bersama, suka dan duka telah kami tempuhi. Kini Rosyadah hampir 4 bulan dan dia semakin sihat dan aktif. Abang, terima kasih atas semua pengorbanan yg abg lakukan utk keluarga kita, Sayang nak mintak maaf sekiranya sepanjang hubungan kita syg ade bt abg kecik hati..Sayang cintakan abg ngan anak kita.

3 comments:

  1. sedar tak sedar dah setahun kan yang. Rasa mcm sekejap jer. Abg bersyukur sgt sbb ada sayang & rosyadah dalam hidup abg. I love u so much

    ReplyDelete
  2. Happy 1st Anniversary. Baru hari ni baca entry ni. Setahun sudah berlalu dengan indah. Semoga tahun-tahun seterusnya lebih indah lagi dalam hidup kamu berdua. InsyaAllah. :)

    Ops. Bukan berdua. Bertiga. Hihi.

    ReplyDelete