Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 1, 2010

Mimpi itu Petanda atau Igauan?

Hari nie da masuk bulan September 2010, memang cepat betul maser berlalu. Sedar tak sedar aku da masuk 37 minggu pregnant, kata ibu aku tinggal menghitung hari jer nie tap kalo ikutkan tarikh yang Doc bg 20 Sept 2010 baru due...ntah la aku berserah saja pada -Nya.

Malam tadi aku bermimpi yang aku akan melahirkan anak..huhu seram sejuk la ble teringat mimpi tue..tak tau la mimpi tue petanda atau aku yang terlalu banyak fikir pasal tue. Aku akui yang aku bukan la org yang kuat sgt utk menghadapi hari2 yang mendebarkan tue. Yang mampu aku lakukan hanya berdoa semoga semua nya selamat..tak sabar nk tengok baby dalam kandungan ku ini.

Tanggal 23 Ogos 2010 (Isnin) ayah mertua ku telah pergi menghadap Ilahi. Aku faham perasaan bagaimana rasanya kehilangan org yang kiter sayang. Aku juga pernah kehilangan seorg adik lelaki ketika raya ke 2 tahun 2006. Walaupun sudah 4 tahun berlalu tapi aku masih terasa kehilangannya. Walau ape pun aku doakan semoga roh ayah mertua ku di tempatkan di kalangan org2 yang beriman. Aku juga berharap keluarga suamiku tabah menghadapi dugaan nie dan meredhakan permergiannya kerana Dia yang lebih mengetahui yang mana lebih baik utk kita. Kini suami ku memikul bebanan yang berat sebagai seorg ketua keluarga. Menjaga keluarga nya dan menjaga keluarga yang baru kami bina. Aku faham beban yang ditanggung dan aku sebagai isteri nya akan sentiasa membantu suamiku.

Aku harap dengan kelahiran baby nie dapat mengurangkan sedikit sebanyak penderitaan yang keluarga mertuaku hadapi. Semoga baby nie dalam memberikan kebahagiaan kepada semua org. Anakku..kami semua tidak sabar menanti kehadiranmu..Sayang anak ibu =)

7 comments:

  1. innaalillaahi wa inna ilaihi raji'un, allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..semoga ayah mertua irmey rahimahullah ditempatkan di syurga Allah yang tinggi.

    p/s:rsnye mcm ade typing error je irmey. 23 september 2010 kan?not oktober.;-)

    semoga irmey sekeluarga tabah k..:D

    ReplyDelete
  2. Haah la..tersilap taip lak..time kasih aina =)

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wa inna ilahi raaji'un..
    Al-fatihah..

    Ada hikmah di setiap yang terjadi, untung suami irmey dapat seorang isteri yang sangat memahami dia ^_^

    ReplyDelete
  4. time kasih ijan =) pasnie tanggungjawab imee lagi berat..harap2 imee dapat hadapi sume tue =)

    ReplyDelete
  5. imee, be strong okay for delivery? insya Allah ko kuat and aku doakan ko jugak hopefully selamat and senang je sume then lepas tu mesti happy sebab baby dah keluar jumpa mummy dia, and ayah dia jugak, hehe.

    takziah. aku pun baru tahu baca blog adi tadi. banyak2 doa semoga arwah tenang. insya Allah.

    muah love u!

    ReplyDelete
  6. Semua wanita dicipta dengan kekuatan untuk menempuh kelahiran anak. Memang sakit. Tapi bila baby keluar je semua sakit tu hilang. Dont worry!

    Semoga semuanya selamat nanti. Betul, tinggal tunggu hari je ni. Bila-bila masa je. Banyakkan berdoa ye Imee. Doa saya untuk awak. :)

    ReplyDelete
  7. Huda: Thanks huda..memang time2 cmnie sokongan dan dorongan kawan ngan org yang rapat sgt di perlukan..harap2 ko dapat merasa ape yg aku raser..=)

    Hanna: You really know what im goim thru right now =)...time kasih atas kata2 ngan sokongan hanna..imee hargai sgt2..nnt da deliver kitorg bgtau yea..thanks alot u guys =)

    ReplyDelete