Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 14, 2010

Kisah Kelahiran Anak Perempuan Sulungku

Salam semua...
Dah lama sgt rasernyer tak update blog..yela mase yg banyak sgt si kecik tue da amik hehe... Tread kali nie aku nk ceritakan bagaimana perjalanan dan kisah ketika aku hendak melahirkan anak perempuan sulungku. Bg sesetengah org cerita aku ini agak kelakar..aku pun raser cm tue gak..hehe ape2 pun aku amat bersyukur kerana sepanjang proses kelahiran anak ku ini semuanya berjalan lancar. Begini kisah nya..
.
.
.

Pada pagi ahad 5 Sept 2010, aku memujuk suamiku utk berjalan ke The Mall utk mencari baju raya ku. Kalo ikutkan usia kandunganku hampir mencecah 38 minggu dan kalo di ikutkan tarikh Doc bagi aku di jangka bersalin 20 Sept. Masih sempat agaknya utk aku beraya dengan perut aku yg membuyut nie. Ibu ku yang mencadangkan supaya membeli baju di sana kerana ada baju utk org mengandung yang cantik. Pagi tue aku bangun seperti biasa dan berpuasa seperti biasa, aku kemas yg mane patut dan bersiap2 utk ke The Mall. Untuk pengetahuan semua, pagi tue aku menaiki motor dgn suamiku kerana risau takut jem kalo naik kereta.

Kira-kira jam 12.00 tghr aku pun sampai di The Mall, ketika itu mmg ramai org kerana ada Pameran Matta Fair..mujur tak naik kereta kan..setelah suamiku parking motor, aku dan suamiku menuju ke dalam the Mall, memang ramai org..aku pinta suamiku utk ke tandas(biaser la org mengandung). Lepas saja selesai, aku menelefon ibuku menanyakan dimana kedai tersebut.." Ibu..imee kt The Mall nie..mane kedai tue yea bu.."." Imee g kat escalator belah kanan....." Secara tiba-tiba aku merasakan air yg panas mencurah2 keluar dari bawah..aku terdiam kemudian aku mematikan talian dengan ibuku dengan menyatakan aku akan menelifon nyer kembali. Aku memandang arah suami ku.."Abg, syg raser air ketuban syg pecah la..." Biar betul syg..aku lihat suamiku kelihatan cemas skali, die cuba menelifon ibu mertua tapi tiada siapa yg angkat. Suamiku menyuruh menelifon ibuku kembali utk dapatkan kepastian bagaimana jika air ketuban pecah. Ternyata benar..air ketuban ku pecah di tengah2 shopping mall (hehe..aku pun cuak gak time tue)..Suamiku memimpin ku perlahan2 ke tempat parking motor..dalam perjalanan nk ke motor tue aku terasa air tue masih lagi keluar tp yg pelik nya aku masih lagi tak raser sakit. Dalam perjalanan pulang, suamiku memujuk ku supaya sabar..tak boleh nk bawak laju2 takut terberanak atas motor lak..Aku sempat gak bincang ngan suamiku hospital mane kiter nk g nie..Mula2 cadang nk beranak kt Klinik Kohilal (Swasta) tp duit dalam tangan tak cukup..Aku buat keputusan utk ke Hospital Selayang saja. Kami tiba di rumah utk mengambil beg pakaian yg telah lama ku sediakan. Aku menunggu dalam kereta sahaja sbb aku dah mula raser sakit di perut..Dalam perjalanan ke hospital aku menelifon semua ahli keluarga ku utk memberitahu aku hendak bersalin di Hospital Selayang.
.
.
.
Setibanya aku di hospital, kontraksi dalam perut ku makin kerap..aku tak mampu utk berjalan..nurse di hospital tue membawa aku ke labour room dengan kerusi roda. Setibanya aku di labour room, aku tak pasti sama ada Doc atau pembantunyer yg memeriksa ku. Katanya bukaan ku dah 5cm. Mereka menasihatkan ku supaya berehat mungkin mereka anggap kalau anak pertama biasanyer lambat keluar tetapi tak sampai 20 min aku menjerit memanggil Doc..” Doc..saya nk teran da nie…” .Dengan sepantasnya, pekerja2 di situ menyiapkan apa2 yg perlu utk persiapan bersalin. Mereka membawaku ke bilik bersalin..Setibanya di sana aku meneran sekuat hati..suamiku tetap berada di sisiku member sokongan kepada ku.”..teran lagi..teran lama2..anak awak nk keluar da nie…” Tuhan sahaja yang tahu betapa ku bertarung nyawa semasa melahirkan anak sulungku itu. Tepat jam 1.56pm aku meneran sekuat hati dan lahirlah anak perempuan ku yg sulung. Suamiku menitiskan air mata gembira melihat anak kami selamat dilahirkan. Kemudian nurse meletakkan anak ku di atas dada ku..hilang semua sakit yg ku alami sebentar tadi apabila melihat anak ku itu. Tapi sakit jahit tak hilang lagi..huhu walaupun dah bius tetapi sakit nyer tetap terasa tapi ku kuatkan semangat demi anak ku ini. Setelah selesai semua, buat kali pertama anakku itu ku susukan..” Lapar yea anak ibu.." Aku di bawa ke wad utk bertemu dengan keluarga ku dan utk ku sampaikan khabar berita ini.

.

.

.

Ya Tuhanku..sesungguhnya pengalaman yang kurasai ini bukan semua insan dapat merasainya dan aku amat bersyukur kerana diberi peluang ini. Ku mohon kepada Mu agar supaya kami suami –isteri dapat membimbing anak ini ke jalan yang benar..seperti namamu anakku Nur Rosyadah (Petunjuk Jalan yang Lurus).


10 comments:

  1. Muah². Cayang sayang & baby :)

    ReplyDelete
  2. Oohh berkaca-kaca mata baca entry ni! Sangat touching. & kelakar jugak dah pecah air ketuban boleh lagi naik motor balik. Hihi.

    Alhamdulillah semuanya selamat. Rosyadah sangat comel! Hari-hari visit blog korang nak tengok gambar terbaru baby. :D

    Macam mana pantang setakat ni?

    ReplyDelete
  3. hannah mesti paham cmne perasaan ble da ada anak kan..nie baru ade mase nk update blog. Thanks hannah..nnt mintak adi upload gambar baru sbb imee mmg takde mase nk upload. Pantang ok la cme yg tak best pantang time raya huhu kempunan nk makan rendang huhu

    ReplyDelete
  4. Best kan bila ada anak. Rasa hidup terisi. Lebih bermakna. :)

    Takpe nanti lepas habis pantang, balun rendang puas2. Sekali dengan lemang segala. Hihi.

    ReplyDelete
  5. boleh lagi yea irmey naik moto..,memang kuat semangat :)

    ReplyDelete
  6. sweetla imee...bestnyer
    nanti nak g lawat imee

    ReplyDelete
  7. Ijan: hehe..nk jadikan citer kan..takpela..nnt esok2 aku leh citer kt cucu-cicit aku hehe..
    Nik: hehe..datang la..tak sabar gak nk jmp korg hehe

    ReplyDelete
  8. Ngilu dan sejuk tangan saya membaca entri ini.

    Tahniah dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.

    *Kawan Aina Amin (UPM)*

    ReplyDelete
  9. Szakif: Time kasih..saje nk kongsi pengalaman kt blog nie..nnt kalo da ade pasangan hargai la die yea..besar tau pengorbanan kami (isteri2) hehe..

    ReplyDelete
  10. irmey, ada tag untuk kamu, bertarikh 19 Oct. 2010

    http://wansiti.blogspot.com/2010/10/tag-dari-cik-gha-buat-irmey-hamidi-aina.html#more

    ReplyDelete